Friday, December 27, 2013

Suri rumah sementara

Ikan siakap tiga rasa
Cuti Christmas masih berbaki lima hari. Aku memang suka bila ada cuti sebab masa ni la aku boleh cuba memasak makanan yang aku tak pernah masak. Kalau tak terperuk jek la aku di makmal uni menghitung hari bila PhD nak habis. Masa di Malaysia dulu, memang tak rajin lah aku nak masak. Kebanyakkannya beli di pasar malam. 

Hari ni ada berita gembira. Mr. Hubby dapat naik pangkat jadi team leader di M local Reading. Sangat dekat dengan rumah kitorang. Jalan kaki 15 minit je. Aku pun jalan kaki jgk ke uni, 1.3 batu amek masa 20 minit. Tapi kat sini mmg dah jadi culture orang putih jalan kaki. Lecturers kat department aku pn kebanyakkannya jalan kaki dan sesetengah naik basikal!

Usai cerita jalan kaki. Aku nak cerita aku masak ikan siakap 3 rasa deIngan kerabu udang dan sotong sbb nak celebrate Mr. Hubby dapat jadi team leader. Hehe.... harap-harap Mr. Hubby suka la masakkan aku hari ni. Ni first time aku buat kerabu seafood. Sebabnya ada udang 5 paket kat dalam peti ais. Mr. Hubby beli masa harga dah reduced. Harga asal £2.80 jadi 19pence jek sebungkus. Tu dia rembat smpai 5 bungkus. Jadi aku guna la utk masak kerabu seafood. 

Resepi kerabu seafood

Udang dan sotong (kat sini mmg dah pre-cook, tp aku rendam ngan air panas jgk)
2 stalk daun ketumbar (hiris kasar)
1 biji carrot (hiris halus)
1 biji tomato (potong dadu)
1/2 bunga kantan (hiris halus)
1/2 batang serai (hiris halus)
1 biji bawang kuning (dadu)
4 biji cili kecik thai (hiris halus)
4 sudu kicap cair lee kum kee
Gula dan jus limau nipis (adjust ikut selera)

Last sekali gaulkan semua bahan. Siap dah kerabu seafood ala ika Ivy. Hehhehe...

Kerabu seafood





Thursday, December 26, 2013

Second Year Anniversary

Assalammualaikum kepada pembaca blog ni....

Recently aku dapat dua komen dari pembaca blog ni tanya pasal kad kahwin yg aku tempah kat LH Creatives. Tak sangka ada yg membaca blog ni eh...

31 Dec 2013 genap 2 tahun aku dengan Mr. Hubby hidup bersama sbg suami isteri. Walaupun banyak dugaan yang datang, alhamdulillah Mr. hubby sentiasa genggam tangan aku erat-erat untuk harungi semua.

Masa autumn hari tu, aku dengan Mr. Hubby ada pergi ke Hartley Wintley untuk shoot gambar anniversary.  Walaupun  awal, tapi tetap nak shoot gambar masa autumn sbb, Autumn la season yg aku paling suka sepanjang duduk di UK ni. Jadi aku attached gambar "Second weeding anniversary" kitorg

P/S: gigih bersejuk2 tak pakai jaket sbb nak bagi nampak baju dengan kasut matching. Kah kah kah







Sunday, November 20, 2011

Kad kahwin cantik dan murah

 
Kad yang aku nak edarkan kat IMR

Closed-up kad dan envelope
Aku paling suka kat logo tu
Huruf IH tu... Ika & Harris =)

Closed-up card
Motif bunga yang sangat timbul
Hot stamp Silver

Closed-up envelope
Warna font dark brown


OK... hari ni aku nak bercerita pasal kad kahwin. First of all, sebelum memilih kad kahwin, korang kene tentukan tema korang. So, tema aku adalah vintage. Lepas korang dapat tema, korang kena cari apa ciri-ciri yang ada dalam tema ni. Untuk tema vintage, dah sah kene ada motif bunga yang penuh atau motig lace dan mesti kena ada frame yang berkerawang. 

So aku pun terus imagine kad jemputan yang aku nak. Aku fikir, aku lagi suka kad kawin aku motif bunga yang timbul. Sebab aku adore gila ngan kad kahwin dalam cite 7 pound. Yang pompuan tu wat kad kahwin pakai mesin lama. kad kawin dia simple tapi classy... Aku berkenan giler. So aku pun aim kad kahwin camtu.

Lebih kurang gini la kad jemputan dalam cite 7 pounds tu


Aku memang akan usha persiapan kahwin through internet dulu. Then aku jumpe kad kahwin yang aku berkenan kat kadkahwinku.com. Tapi bila tgk betol2, kad kahwinnya kecik sangat. Harga tak termasuk printing nama kat envelope. Aku cancel tempah kad kahwin kat situ. Kawan aku cakap, kat LHcreative kad kahwin dia murah dan sangat banyak pilihan. Kedai terletak di Jalan Pudu, lebih tepat lagi belakang time square.

Satu hari tu, aku ajak MDH gi nengok kad kawin kat LHcreative. Habis MDH kerja, terus fetch aku dan gerak ke LHcreative. Kitorang sampai lambat. Kedai dah nak tutup. Tapi dia tetap layan. Dia tanya bajet aku. Aku cakap bajet 40sen sekeping. Aku cakap nak design yang bunga emboss and tulisan hot stamp. Memang rezeki aku ngan MDH, sbb bos dia ada. Bos dia cakap na test market satu paper yang baru sampai. Bos dia gi amek ketas kat stor. Dia cakap 40sen. Aku tanya sekali printing envelope ke? dia cakap termasuk printing envelope. Aku terkejut giler. Sebab sangat murah. Aku saja cakap harga bajet 40sen. Sebab kalau terus cakap yang mahal, nanti diorang ketuk kao2 plak. Tapi tak sangka boleh dapat harga murah gini. Aku tengok kualiti kertas, memang tebal. Bunga pun timbul. MDH pun suka. Aku tanya MDH takpe ke kalau kad dia sama ngn aku or dia nak cari design sendiri. Dia cakap takpe. Dia suka. 

Aku pun setuju. Memula tempah 600pcs. Pastu tambah jadi 800pcs. Banting 2pcs. Satu banting RM40. Harga banting aku tak usha. tapi aku lanyak je la order sekali. Dah alang-alang buat kad kat situ. Takde la aku nak kena cari kedai lain plak. Aku cakap kat dia aku nak tambah logo. Baru nampak vintage sikit. pastu dia cakap boleh. Aku pun bagi details, warna kad cream, warna hot stamp silver, kertas dalam cream, font dalam dark brown, warna envelope cream. Pastu kitorang pilih design untuk print kat envelope. Bagi doa untuk sebelah lelaki dan perempuan.

Dekat dua minggu jugak aku delay bagi map. Aku letakkan sekali koordinat GPS untuk memudahkan kawan2 aku dan MDH cari tempat majlis berlangsung. Lepas, dapat draft, aku betulkan mana ejaan yang salah. Tarikh tahun hijrah pun korang kene cek betul2. Memang puas hati la dengan desing diorang. Next Day aku dapat second draft. Pastu aku confirmkan yang dah tade salah. Next week, kad aku dan MDH siap. Tarikh yang pihak LHcreative janji nak siapkan kad tu, aku ngn MDH datang kedai. Kad memang dah siap. Aku happy gila tengok kad yang memang ikut kehendak aku dan yang penting tertera nama aku dan MDH. hehe...

Kat atas tu la rupanya kak jemputan perkahwinan aku. Harga memang murah dan cantik. Kalau korang tak suka takpe la... Janji aku suka... hehe

Nasihat aku untuk korang yang nak tempah kad jemputan perkahwinan. Korang kena sediakan semua kat bawah tu untuk memudahkan kerja korang supaya takyah berulang alik kekedai tersebut:
1) Tema kad (ie: kartun, vintage, melayu klasik etc) (warna kad dan tulisan)
2) Peta (lukis tangan jek. Nanti designer akan buatkan. Jangan lupa koordinat GPS)
3) Gambar (untuk kad @ banting)
4) Doa dan pantun (biasanya kedai ada sediakan. Nak bawak doa dan pantun yang korang suka pun takpe)
5) Decide sama ada dalam satu kad nak letak undangan kedua-dua pihak atau korang nak asingkan






Thursday, November 17, 2011

Cantik dengan belanja murah

Sejak aku nak kawen ni, aku sebuk menjaga  kecantikkan muka yang dah 26tahun terabai ni... Aku ni jenisnya sempoi giler, tak kisah muka berminyak ke apa. Kadang-kadang kuar, bedak pun tak pakai. Bila nak kawen ni, mula la aku sebok nak cantik. Ye la... Nama pun nak kawen. Aku sangat concern dengan muka aku yang sangat banya black and white head. Jeragat pun dah mula naik kat kulit aku... Haish... Risau jugak dibuatnya... 

Disebabkan permasalahan ni la aku mula meng-google cara untuk menghilangkan black head and white head neh. Aku terbaca la satu blog ni, nama kak senduk. Kak senduk ni pun mengalami masalah yang sama macam aku. So, aku pun baca apa commennt pembaca kak senduk. Ramai yang suggestkan putih telur dan Charcoal Mask Bioglo Cosway. Putih telur tu aku tau... tapi aku malas nak wat. Leceh sikit. Aku pun mulakan kajian ringkas aku terhadap produk yang namanya Bioglo dari Cosway ni... Menggunakan bahan dan kaedah; lappy aku dan google. Hasil yang aku perolehi: review yang sangat membina dari semua pengguna Bioglo. Harga ta mahal sangat ~ RM28 je. Kalau ada offer boleh dapat RM21... Murah gak la. Sehingga la kajian aku ni terjumpa dengan satu blog ni. Pengguna dia pernah pakai bioglo dan sekarang pakai Daiso charcoal mask. Review dia membandingkan kedua dua produk ni iaitu Bioglo dan Daiso. Kedua-duanya mendatangkan hasil yang sama. Iaitu menanggalkan black dan white head dengan jayanya dan mengecilkan pori dimuka dia. Korang nak tau berapa harga daiso charcoal mask ni? RM5 je... HeHe.. Murah gilerkan. Hasil dia sama tau...

Aku terus cancel beli Bioglo. Petang tu aku terus pegi kedai nama Daiso. Mungkin korang tau kedai Daiso tu apakan? Meh aku bagi tau kepada yang tak berapa familiar dengan kedai nama Daiso neh. First time aku gi Daiso ni masa aku dating dengan MDH dekat eCurve. Aku memang suka nengok wayang kat situ. Jalan2 kat situ, aku pun termasuk satu kedai jual barang Jepun nama Daiso dekat The Curve. Semua barang harga RM5 dan semua benda ada. Cool jgk barang2 dia. berbalik kepada cerita aku, petang tu terus gi Daiso kat Sg. Wang (dekat dengan rumah aku, so aku g je Sg. Wang. Jauh nak gi The Curve. Hehe). Cari punya cari Daiso Charcoal Mask, tapi langsung tak jumpa. Aku pun tanya la pekerja Daiso tu, rupanya benda tu memang hot stuff. Baru sampai dah habis. Aku kecewa giler sebab tak dapat beli. Aku pun beli je la apa yang ada. Nama produk ni Daiso Nose Pack. Untuk buang white head dekat hidung. Petang terus pakai, and resultnya, mmg banyak white head aku yang terkeluar. hehe. Tapi tetap nak cari charcoal mask sbb charcoal boleh kurangkan minyak dan detox. Tentu aku lagi canti kalau pakai charcoal mask. hehe

The next day, aku paksa MDH pegi The Curve cari charcoal mask. Masuk Daiso aku terus gi kaunter tanya Daiso mask. Alhamdulillah diorang baru restock charcoal mask. Ada la diorang keluarkan kotak dari bawah kaunter untuk aku ambil. Aku terus sambar dua tiub. Dan-dan ada pekerja lain cakap yang dalam kotak tu dah ada org booked. Aku wat donno jek, terus bayar. haha. Mencabar betul. 

Hasil yang aku perolehi lepas pakai Daiso charcoal mask, kulit aku dah kurang white and black head. MDH pun cakap kulit aku dah licin dan lembut. Dah takde rasa cam berus dah. Hehe. Dia tanya  "sebab pakai mask tu ke?" Aku jawab; "A'a... Cantik tak?" MDH tersenyum.... Ngada la dia tu. hehe

Korang mesti nak tau macam mana rupanya Daiso charcoal mask tu kan? Ni aku ada tempek gambar kat bawah. Yang putih tu Daiso Charcoal Mask dan yang kelabu tu Daiso Nose Pack... Aku memang tak berani nak tepek gambar hasil selepas aku buka mask. Takut korang tak selera makan jek nengok white head aku berceracak macam paya bakau kat atas mask tu. hehe. Korang kene cuba tau mask ni. Berbaloi giler dengan produk murah, dapat hasil yang membanggakan sampai MDH tersenyum lebar sambil memegang dagu aku... Ahaks... 

GATAL la kamu Ika!


Ni la produk dari Daiso iaitu Charcoal Mask dan Nose Pack
Yang bawah tu pulak bahan bacaan aku sebelum tido ;-)

Closed-up Daiso's products. 
Yang kaler coklat tu ampoules yang aku pakai. 
So tak yah la bersusah payah pergi saloon dan perabih duit. 
Ampoules ni hasilnya sama dengan yang saloon ya. 
Sambung dilain entri tentang ampoules =)



Tuesday, November 15, 2011

Paper Bag - Door Gift Kahwin

Masa aku ngan MDH masih lagi berkawan, aku selalu berangan nak ada blog pasal preparation kawen aku dengan MDH. Tapi bila dah kene wat preparation kahwin aku, aku takde masa langsung nak menulis kat blog. gambar projek-projek DIY aku pun tak sempat nak upload.

Sebenarnya dah 70% persiapan kahwin aku dah siap. Mak aku suruh aku setelkan baju kahwin, door gift dan hantaran je. Yang lain semua mak dan abah yang setelkan. Alhamdulillah. Disaat-saat akhir persiapan kahwin aku ni, sempat la aku mengarang perjalanan hidup aku as a bride to be...

First aku nak cerita pasal doorgift. Aku memang berhajat nak bagi paper bag kepada semua tetamu. Mungkin tak semua kot yang akan dapat door gift tu sbb aku just beli 1000pcs paper bag bermotifkan pink rose. Sebab aku punya tema adalah vintage. Ok berbalik pasal paper bag, aku beli di Nilai 3 dengan mak, abah dan adik. Harga hanya 25sen/pc. Murahkan. Tak sia-sia aku mengusha harga, paper bag di Chow Kit, Plaza GM dan Semua House. Yang paling murah dekat Semua House, 27sen. Last saturday, aku pegi Nilai 3 dekat kedai nama VR (kalau tak silap la nama dia, kedai baris KK home deco, betul-betul depan jalan besar), aku usha punya usha punya usha, terjumpa la paper bag yang aku berkenan dan harganya hanya 25sen. Sebenarnya ada paper bag motif sama harga lagi murah (20sen), tapi jenis panjang, so tak muat plak surah Yassin yang aku dah beli tu nnt kalau amek yang panjang tu. Pasal surah Yassin, aku cerita di lain entri.


Ni la rupenya paper bag murah tu... Not bad kan? Aku usha online, harga dia mencarut giler... Seringgit/pc. Nasib la aku rajin g Nilai hari tu. Dapat la paper bag murah. Gila tak murah. 25sen je per pc. Aku pun beli 1000pcs. melayang la RM250. Tapi aku rasa sangat la berbaloi-baloi. Aku punya yang lebar tu tau... sama macam tuan dia neh... hehe...

Sampai sini dulu update aku utk tatapan korang. Next entry aku sambung lagi pasal isi dalam paper bag pula iaitu pasal Surah Yassin, cawan kecik motif pink rose dan kerepek. Harga pun murah tau aku dapat sume barang neh... Tunggu entri seterusnya... =)


p/s: Jangan malas jalan-jalan usha harga barang... Nnt confirm dapat yang murah giler. Puas hati seh =)

Tuesday, September 13, 2011

Permulaan AKU dan DIA...



31 ogos 2011...
Aku da jadi tunangan MDH... masa majlis berlangsung, malu ada, sonok pun iye... hehe...

aku takde idea la nak menulis sebenarnya... nnt la aku sambung... hehehe